Nuffnang Ads

Friday, November 30, 2018

Selfie Museum KL


cerita ni dah dua bulan uols... amboih hari2 boleh up story sebab boleh bukak blog ;p

macam mana boleh sampai ke selfie museum nih? memula tu ternampak instafamous dok upload picca kat sini, lepastu google lah apa benda tempat nih. oooh rupanya dekat jer, makanya boleh la terjah.

dekat jer uols dekat farenheit bukit bintang jurr


ingatkan masuk free! haha.. banyakla benda free kan! semuapun berbayar skrg nih! toilet pun 3 pohsen.. kannn haha

its ok ..so kena bayar rm40 utk aldult (tak silap) dan rm20 kekanak.. mcm mahal tapi memandangkan diorg had kan jumlah org sekali masuk, so okay lah. boleh posing dgn tenang tanpa berebut atau org lalu lalang.

tapi selfie museum ni bukak tak lama, sampai hujung tahun jer tak silap. adeh maaf dah dua bulan so dah lupa segalanya...


byk tempat boleh posing, puas jugakla.. dalam sejam baru keluar! macam duduk dalam syurga coklat pulak! apa yg best, nanti dalam tu diorg akan bagi mkn kek / eskrem / air coolblog yg semuanya ikut tema tempat utk posing.


tengok tu, adlan dapat lollipop!


kalau tempat posing tu eskrem maka dapatla merasa makan baskin robbins.


cuma donut jer takdak! haha kang keluar2 dah kenyang sampai malam ;p


rupanya bayar tiket dgn makan kat dalam ni! huhu berbaloi ke idokkk

lekaih ....korang pegi sebelum diorg tutup.

Thursday, November 29, 2018

Preloved Ainahariz RTW 2018


nak letgo this Ainahariz Lebaran 2018 collection! worn once only! size M

reason nak jual sebab tersalah size, besar... tapi pakai jgk la sekali ;p

Wednesday, November 28, 2018

Kenduri Kendara


assalam semua! lamanya tak bukak blog nih!! almost 4 months uols! haha... dah berkulat kot ;p

ni pun tetiba boleh bukak blog dekat ofis, sebelum ni kena sekat ..huhu. so marilah kita ambik kesempatan ni kita update blog sekejap.... banyak sangat benda nak cerita, saja la nak cerita dalam ni sebab nanti rindu2 boleh bukak baca balik. blog ni pun dah macam diari online... tapi rahsia besar kita takda la nak cerita kan! haha

ni cerita kenduri lepas, dekat sebulan pun... hihik. mari abdikan gambar dalam entri kali ni... malas nak upload banyak2, cukuplah 4/5 picca ;p


btw im wearing jovianrtw! dah lama beli, haritu, baru sesuai nak melaram sebab pi kenduri sedara iaitu dua pupu bertempat di bora ombak marina putrajaya.


ahhh jauh pulak gambar dgn pengantin nih.. gemok pulak rasa bila berdiri sebelah pengantin! haha


mak pengantin a.k.a sepupu

tahniah ya kak ina dapat menantu laki! mak mentua nampak muda aihhh!


nenek pengantin a.k.a maksu ;)


ahh tak sangka jumpa, berkawan di fb dan berjumpa di sini....

ni dah start musim cuti sekolah, maka bermulalah aktiviti makan kenduri! siap sediaaa

Monday, August 6, 2018

Raya Ke 3 Bersama MB Kedah!


hello berjumpa lagi kita! ;p memalam ni rajin pulak up story, maklumlah dah gi reformat macbook nie! semangat sikitlah nak guna... huhu

nak story masa raya ke 3 haritu. kebetulan ada jamuan raya MB Kedah baru kita! sebelum2 ni iols tak pernah pi pun, tapi kali ni semangat lak kan! semangat Malaysia baru kot! haha

so haritu pakai baju readymade by Jannahnoe... santek tau baju ni, terletak jer pakai. tapi now iols nak jual lah... ada tak yg nak???  jual murmur jela walaupun pakai sekali jer!



struggle bawak budak kecik nih... tgk lah tu..lagi 2 org tu dah lepas ke depan dah...


dah sampai dewan sri mentaloon. ramai umat ya rabbi! semua kaum ada...



bebudak ni tunggu nak salam MB nak bagi duit raya! oleh sebab tak tahan panas, kita potong line... hikhik


yeayyy berjaya... maaf yer org blkg... ;p mak tak larat nak dukung budak 11 kg nih tau! YB cakap jeles tgk rambut adeeb lurus cantek! ehehehehe


dah kutip duit raya, posing kat booth ni pulak.


taddaaaa, kecik sgt pulak. tak jelas!


berpeluh2 time nih, jomlah kita gi makan pulak!


1Malaysia dok ada... kita satu bangsa kita satu budaya...hikhik. bebudak tu dok ulang alik ambik eskrem. tak dapat makan semua pun, mana yg sempat jer. takpelah janji dapat basah tekak makan ABC! kita datang nak beraya jer pun, bukan nak makan sungguh2...org pun meramai, tak sanggup mak nakkkk

Wednesday, August 1, 2018

Aidilfitri 2018 Yang Lalu~


lamanya lahai tak update blog ye! mesti korang rindu iols kan! huhu.... 3 bulan kot.... iols pun rindu nak update sebenarnya, terlalu banyak cerita nak kongsi, namun apakan daya masa tak mengizinkan.

now dah masuk bulan zulkaedah baru dapat update cerita raya! ;( raya macam tahun2 kebelakangan, iols raya di kedah jer. bertemakan baju kaler pale pink, asalnya nak tema kaler lain tapi tak tercapai dek baju raya betul tak sampai ke tangan...huhu. baju rizman ruzaini ni pun last minit beli kat fashion valet! beli punya beli, cukup 10 pasang baju raya thn ni... sakan! 3 baju customade, lelain readymade sajer.


3 anak teruna mama... jambu tak pakai kaler nih?!


sedara yang datang beraya! besar dah nak menikah ye korang... maksu teringat dulu hampa kecik, mak yang jaga hampa...how time flies!



sepupus walaupun tak cukup korum.


terlalu banyak gambar, bayangkan ada 3000piccas raya kali nih! crazay... iols is malas nak pilih2.

nantikan update yg seterusnya ye! huhu... hope bukan lagi 3 bulan lah kan ;p

Thursday, April 26, 2018

Day 3: TranStudio Bandung, Floating Market, Susu Lembang, Stone Cafe


kembali bersiaran kita... lamanya, bila la nak habis story pasai bandung nih, chek pun dah lupa nama tmpt...hurmmm 

pagi tu sesiap breakfast, pukul 10 baru kuar hotel. hari lak hujan renyai2, plan tertukar lah... supir hantar kami ke trans studia bandung dulu! huhu... dia suro kami main dulu barang 3, 4 jam!! ;p fuhhh best sgt ke trans studio tuh.... meh kita tgk.


dia macam time square KL jgk la, gabung mall dgn taman tema.

bayar lbh kurang sejuta rupiah utk kami anak beranak masuk main, sekali byr jer.


tadddaaaa awai2 dah posing mcm ni!



tunjuk jer tapi tak masuk...kih3


aduhhh menyesai tak bawak stroller! budak amei ni takmo jalan lak...


hah dah tak toqah depa... maklumlah dalam  ni kebykkan permainan utk budak2. tapi si aqil tak lulus nak masuk sebab kurang ketinggian... ;p kesian dia, so abg dgn mama jela dapat main boat ride tuh...huhuu







lepas tu nak main lumba kereta pulak... si aqil tak cukup tinggi, kena la naik dgn mama jgk... amei dgn ayah tunggu kat luar. adehhh bosannya... ingatkan laju la kete f1 tuh! haha tipah tertipu!


then, masuk tgk 3D animation, best la jgk kan sebab tak penah masuk kat memana theme park! enjoy bebudak tuh... si amei dgn ayah lak pi masuk tgk magic show... ;p

sedar tak sedar dah 3 jam dalam tuh! jomlah kita balik... nak ke destinasi seterusnya pulak....

hujan masih tak berenti. jalan macet teruk. so kita pegi jauh sikit, ke Lembang!


dah sampai pun floating market lembang! luas betul tmpt nih. sebelum nak sopim dekat sini, kena tukar coin dulu... bajet la berapa korang rasa nak beli makan situ..


hujan2, perut pun lapar...



mama beli nih, tauhu susu! dekat sana memang tmpt nya, jual tauhu susu. sedap jgk eh... mcm cucur udang pun ye ;p


menikmati mknn di tepi tasik!



hah ni la dia coin nya! ada lebih taktau nak beli apa.



mcm2 aktiviti boleh buat kat sini. luas rupanya...




seronok la tu kalo mcm tu...


budak ni lak tgh mamai, baru bgn tidoq!


cotton candy tak lepas!


pantang nampak train... nak naik si amei!



haha ada lagi train! mmg sorga ke 2 buat amei! dah la peminat train! mmg tmpt dia la nie.


org takde, so dapatla naik lama sikit.

lepastu masuk taman keretapi lak... bertambahlah suka si amei tuh! dpt tgk miniature train! fuhhh mmg sorga amei nih... 



train di lepas satu2



nasib tak ramai org sebab hari dah ptg,,,



ok dah puas tgk train/// nak sopim thomas lak... huhu ... tapi mama tak bagi beli, dah byk kot kat rmh! nasib jenis tak memberontak ... 


dah selesai pusing2... moh ke tmpt seterusnya walaupun hari dah nak gelap..


supir tak bawak ke tmpt susu lembang yg sebenar, dia cuma bawak ke kedai jual susu jer! arggghhh stress tak dpt pi situ sbb hari dah malam ;(  depa kata kat lembang farm house tu ada mcm rmh hobbit.. mcm2 ada ...hurmm nmpknya takde rezki ke sana, dapat minum susu fresh lembang jelaaa


minum la-la tu jgk... iols tak lalu kalo susu fresh nih, iols minum yg coklat punya. okla boleh telan lagi!

lepastu terus supir bawak dinner kat Stone Cafe area Dago. femes di kalangan pelancong katanya.


cantek tmpt dia, atas bukit nmpk pemandangan seluruh bandar bandung!


tapi order tom yam! org dtg bandung, nak mkan nasik padang! huhu takde rezki nak mkn nasik padang jgk nmpknya...

masing2 kelaparan, nasib tomyam sedap.


berlatarkan pemandangan bandar bandung, tapi tak berapa jelas pulak ;p

habis situ, ajak supir singgah rumah kain lagi... masih nak membeli! 


dannnn last sekali, supir bawak pi tgk hantu hantu nih, ada bermcm jns hantu tapi malas nk upload semua, kang berantu blog nih! ahaha

ramainya org ya ampunnn, hari minggu katanya! ni dah mcm tmpt melepak org2 dari ulu semua keluar lepak sini ;p kita boleh turun posing dgn hantu2 nih pastu hulur la singgit dua.


karaktor kartun mcm ni pun ada, byk lagi tak larat upload! masing2 muka mengantuk, pkl 10 dah kot time nih!


balik hotel terus terbongkang, punyala letih hari ni!