Nuffnang Ads

Thursday, July 24, 2014

Resipi: Serunding Ikan Bilis


ahad lepas ada buat serunding ikan bilis versi utara tapi taktau la kan utaqa ka selatan rasa dia... ada ka? family ct selalu buat serunding ikan jer, jarang buat yg daging atau ayam. kalau mak, dulu2 rajin buat serunding ikan tapi sekarang dah jarang buat hehe mak just buat rendang jer time raya... yela maybe renyah sikit nak buat serunding nih, berjam jam tunggu nak kering! bukan boleh tinggal kang bahagian bawah hangit, kena sentiasa kacau...

harga serunding skrg nih kemain mahal. yg daging tu seberkas kecik dah rm10... mmg patut pun la harga mcm tu, dah susah nak buat... ni kalau ikan bilis mau kena up lagi harga sebab ikan bilis mahai

sape nak order boleh wasap ct.. hehe

ok ni resipi serunding kakak ct punya style:

Bahan-bahan:

ikan bilis
cili kering dikisar
santan
garam sikit
serai
lengkuas
bawang kecik
bawang putih

semua bahan tu dikisar halus dan dimasak dengan api yg perlahan dan sentiasa kacau hingga kering dan berderai... ambik masa dalam 3-4jam untuk kering sepenuhnya.

haaaaaaaaaa sesape yg tahan dok dapoq berjam-jam bolehla try buat serunding k! makan pulak dgn ketupat pulut ummmphhhhh nikmat


inilah rupa parasnya! selamat mencuba!

Tuesday, July 22, 2014

Biskut Tart yang Direkemen Redmummy


dah lama dah tgk iklan biskut tart ni kat blog redmummy, rasanya sejak 3thn lepas....hati nak jer try tapi malas nak order. biasala, ct ni bukan jenis suka shopping online kecuali terdesak hihi

ni kalo tak order jgk, mau tggu tahun depan pulak...mulut ni dah terasa2 jer gigit blueberry tart tuh...

so tahun ni nekad jgk nak try beli dgn ayu tart. order 2 balang blueberry tart dan 2 balang tart nenas. blueberry tu rm36 sebalang dan tart nenas rm28 sebalang. ayu tart ni prefer pick up sendiri, takde delivery or pos... ada 2 area jer boleh pick up. sebbaik kedai tu tak jauh sgt so bolehla beli ;)

ku sangkakan tart ni kecik molek, sekali tgk beso-beso! mkn sebijik pun boleh kenyang kot hihi berbaloi beli even 4 balang...memula order tu  rasa mcm tak cukup jer.. heh nmpknya dah byk sgt beli sekut raya tahun nih! habis ke tak nanti nih?? wait n see ;p

korang2 yg nk beli ayu tart ni maaflah rasanya order dah tutup... tggu bulan posa next year pulak ye

Friday, July 18, 2014

Insiden MH17


another sad news this year... pesawat malaysia airlines MH17 telah ditembak jatuh di ukraine... so sad ;( dapat tahu berita ni pun pukul 1 pagi semalam dan terus tak boleh tidoq sampai sahur.

airplane crash ni bukan selalu terjadi, kali ni berlaku pada pesawat malang MH17 ...ofcoz malaysia terasa tempiasnya, satu dugaan besar buat malaysia, MAS dan waris penumpang. belum pun redha isu MH370 lagi..

mengigil jer dengar airplane crash nih. antara worst accident dan amat mustahil utk anak kapal terselamat. skrg dah dapat tahu ada 30 rakyat malaysia dan 15 cabin crews, sedihnye ada baby jgk...

byk gambar tersebar, tragis betol tgk mayat2 bergelimpangan... tak dapat bayangkan kesusahan mereka waktu tu

salam takziah kepada waris penumpang dan alfatihah utk mangsa beragama islam.

teringat 2 tahun lepas, naik flight MH16 dari kul to ams, dan terbang melalui ruang udara russia dan ukraine ...


Thursday, July 17, 2014

Beli Biskut Raya Murah~ Part 1


sape masih tercari2 biskut raya yg murah lagi sedap?? haaaa ct sudah, anda bila lagi? hihi seperti tahun2 sebelum ni, sejak 7/8thn lalu, rumah makcik ni yg ct tuju....

tahu rumah makcik ni pun dari member yg duduk kat kg baru. so sejak tahun 2007 lagi beli kat situ. mak rusmah cookies namanya. makcik ni mmg turun temurun jual biskut raya dan pelbagai aneka maruku dan kuih lain menjelang raya. kiranya mcm jual borong

so kebiasaannya pertengahan ramadhan dah kena pi terjah la sebab nanti kalo lambat2, biskut kegemaran kita tu licin! yessss biskut yg biasa sold out tu mcm tart nenas dan almond london.

tahun ni, ct tak beli kat mak rusmah cookies jer sebab ada jgk beli biskut kat org lain... special sikit yg beli kat org lain ni, lebih mahal dan lebih sedap. biskut mak rusmah ni ala2 bolehla hihi lagipun murah, bayangkan almond london tu sebekas rm16 jer!! sama harga dgn tart nenas. lain3 biskut rm15 shj okesss

rasanya takla sedih sgt... kalo beli kat luar pun busuk2 rm20++ tambah2 almond london tu mencecah rm25 kennn

ni semua beli utk bwk blk kg, ct cuma ambik sebekas almond london dan sebekas biskut mazola.

 almond london yg femes rm16


 biskut gajus rm15


 apa nama bendalah ni? rm16

sebenarnya byk lagi jenis biskut. taknak la membazir beli biskut yg tak berapa femes tu hihi... yela org kita ni biasa tuju kat biskut yg femes jer mcm almond london, tart nenas, semperit, mazola, suji etc biskut lain2 depa pandanggggg jer, lastly tak berusik ... tetambah bdk2 tu nak yg bercoklat jer

lagipun tetamu bukan nk mkn biskut sgt, maruku jgk yg habis licin...

maruku pun ct order dgn member, yg ni order 5kg terus... lepas raya pun still rasa nak mengunyah maruku tak gitu??

Wednesday, July 16, 2014

WW: Mengidam Cucoq Udang


salam alls berjumpa lagi kita di ramadhon yg ke ..... 18 pastinya! cepatkan masa? very typical word... hehe

so tinggal lagi lebih kurang 11 hari kita nak bertemu aidilfitri yg mulia.... bulan2 posa ni tawu2 jela kan mengidam macam2.... gara2 pi param lah, tgk itu ini. satu hari tu singgah beli cucur udang param, tak tahan hari2 lalu situ tapi tak beli so kali ni beli laaa

balik rumah makan. hurmmm coq udang param yg mengecewakan very2 lite, mcm tak cukup bahan. dgn kuah bukan kuah kacang tapi sos yg lebih cuka gitu.

akibat tak puas hati makan, so apalagi idea pun datang nak try buat coq udang sendiri... biasala lama tak buat. ni pun sebab mengidam so kena la buattt!

puas hati letak udang semangkuk, toge, daun kucai, bawang besaq etc

alah korang jgn la mintak resipi lak. benda paling simple, budak2 pun buleh buat k ;p

k lah pada yg 1st time nak try buat tu, ni bahan-bahannya: tepung gandum, telo sebijik, serbuk kunyit sikit, garam sikit, serbuk penaik sikit, udang, taugeh, daun kucai, bawang besar dihiris halus. itu jer

selamat mencuba!

Monday, July 14, 2014

For Sale~ Lady Sequin by Hatta Dolmat


ini la akibatnya daku suka membeli baju bajus designer tapi tak sempat pakai.... tahun2 lepas punya kes, tahun ni dah tak buat dah. mood nak raya pun tak berapa nak ada, cukuplah dgn 3 pasang baju raya yg ditempah. baju RTW designers hebat, 1 pun belum bernafsu nak beli ;p

bukan tak minat, ada jgk la berkenan 1-2 jenis tu tapi takla beriya nak membeli... sep duit aku tahun ni hehe

so, baju diatas ni raya collection 2013 punya tau, belum pakai pun... korang yg berminat dan bersaiz S bolehla bertanya berwasap siti k, nak jual harga rugi.... anything pls wasap siti 0196677485 tau

Monday, July 7, 2014

Syomir Izwa Raya Collection 2014


dok belek2 majalah sekali mata tertancap kat design baju nih! canteknye..... simple n elegant bak kate omputih... ct kekadang suka jer dress yg simple, kaler tak perlu kaler blocking sgt. kaler cream dgn hitam mmg combination yg curlassst! tetambah corak geometri mcm rekaan pereka fesyen terkenal 'syomir izwa'!

untuk koleksi raya 2014 ni, syomir buat rekaan bercorak geometri....... okla takla terlalu common semua pun pulun nak letak sequin la lace la... kekadang tgk naik loya sebab kebanyakkan fesyen skrg ni letak benda tu...hihi jgn mara aaaaa tetambah dgn situasi skrg ni, cepat jer meloya ;p

eh mmg berkenan sungguh la dgn koleksi syomir izwa nih. tak pernah beli lagi jenama ni... tapi skrg taktau la available ke tak. lambat sungguh dapat info. rasanya koleksi ni dijual di zalora... satu hal pulak, tak boleh nak bukak web zalora kat ofis nih hurmmm nak bukak kat rumah tu tetahu jer la mood kelaut...
 
nah uols tataplah koleksi  syomir izwa, yg suka design simple mesti suka ;) selamat menjamu mata





 cantek jgk merah nih...







Friday, July 4, 2014

Hukum Puasa Tetapi Tidak Bersolat


taktau nak cakap camne...berpuasa ni tak wajib utk kanak2 ribena pra-sekolah tapi diorg still kena puasa kat sekolah tau... agaknya teacher nak ajar budak2 tu puasa hurmmm

ct takdela paksa lanqil puasa lagi, lagipun adlan tu dah la takde selera makan, lepastu nak suro puasa lak, rasanya lembik terus...so ct ingat tahun depan nak ajar puasa, okla 7thn

seronok jgk tgk anak2 kwn yg baru 6thn dah boleh puasa sampai ptg.... si adlan ni ct tak berapa harap sgt lagi ;))

kalau si aqil berpuasa lagila pengsan terus mcm nih!! tapi kat school, teacher still suro depa puasa... balik dari sekolah tu terus mintak makan, lapaq sgt... kesiann



so apakah hukum org yg berpuasa tapi tidak mengerjakan solat?

dah tentu solat tu lagi wajib. perkara pertama akan disoal kelak, so bila tak solat, maka amalan lain pun tidak sempurna malah tak diterima Allah swt... hanya dapat lapar dan dahaga saja. wallahualam ;)

Tuesday, July 1, 2014

Baju Melayu Zizan Razak by Jakel


sape dah pi Jakel?

tentula kena pi terjah cecepat kan semata mata nak usha baju melayu abg2 femes kita...tahun ni lagi la meriah sebab abg zizang dah masuk line. untungla tahun lepas baju melayu aaron aziz by jakel dah terjual sebyk 600 ribu pasang katanye...

tahun ni lebih meriah dgn kedatangan baju melayu zizan razak by jakel pulak...

ct dah pi tgk. ofcoz jakel guna kain yg berlainan utk dua koleksi ni. untuk baju melayu zizan razak, jakel guna kain jenis licin mcm nak satin sikit...

hurmmm nmpknya ct lebih suka kain baju melayu abg harun...hihi sedap sikit kot tapiiii tahun ni tak byk kaler pulak...kaler yg ct nak tu takdak! yela kan selalu kalau satu kaler tu dia keluarnya byk tone... soooo ct tak jadi beli. ct naik tkt 5 jakel kl, tuptup jumpa kaler yg ct nak! alhamdulillah ada size, legaaa. padahal naik tkt 5 sebab nak cari baju melayu budak.

malangnya baju melayu budak belum sampai! owh penat la mcmtu kalau yg datang jejauh nak beli sekali harung, tak dapatla...katanya baju melayu budak lambat sikit sampai. sebab buat kat kilang di johor. so jauh sikit la perjalanan tuh... ;p

so nanti diorg akan call bila dah sampai. satu hal lagi nak menempuh jem di bulan posa ni huuu

apakah tema tahun ni? ct tak kisah dah skrg sbb tak larat dah nk kulu kilir... eh apa kena mengena dgn kulu kilir? ct dah tak rajin nak pi survey, mane nmpk tu beli jer...dah tak kuad semangad  ^_~

btw selamat menjalani ibadah puasa buat semua!