Nuffnang Ads

Tuesday, October 3, 2017

Apa Yang Best di Avani Goldcoast Sepang?


tahun ni kita tak pi holiday dlm Msia lagi..tup tup dah bulan 10 la skrg kan...so aritu kita book Avani Sepang. maknya prefer konsep chalet mcmni, tak suka hotel yg tinggi2... holiday 1Msia kena la ada dlm list ya selain dari overseas vacation! huhu. rasa tak lengkap hidup kalo tak bwk anak2 mandi swimming pool! time ni la kita boleh tgk kegembiraan di wajah diorg! budak mana tak suka mandi kolam kan!


check in lmbt sikit, dari rumah ambik masa dekat 2jam jgk laa. ingat dulu masa 1st pembukaan avani sepang ni kita ada la mai melawat kawasan tapi takde la check in. rupanya dah 7 thn berlalu...


tgh tunggu dijemput utk ke bilik, sempatla posing seround... pelancong pun ramai tak kira masa! katanya ada wedding sedara DLCW malam tuh...patutla ramai dayang2...;p


taddaaaa sampai dah bilik no 808! kita ambik familyvilla ada 2 bilik. selesa la utk bdk2 tu tidoq nanti...pakat ada katil sorang satu.



suka betol si adeeb!


hari pun dah lewat ptg, si aqil sebenarnya tak sabar nak mandi! tapi pool tutup pkl 730pm so tak sempatla nak mandi ptg tuuu. hurrmmmm cian aqil ;p 

tapi takpe...pool dibuka blk nanti jam 830pm sampai 10pm tak silap, so dapatlah bdk2 tu lepas gian nak mandi ye!

ptg tu punya la ramai dekat pool. bagus jgkla tak mandi, tggu malam mesti org dah tak ramai.



blk bilik solat dulu then boleh siap2 ye anak2...


cantik panorama sunset ptg tu. sambil perkena nasik ayam kukus, perghhhh nikmatnya!


taddaaaaa antara budak yg tak sesabar dah! si adeeb taktau apa pun...ikut jela dia.


kan best kalo tak ramai mcm nih! dahla pool pun tak besar mana. pool utk kids separate dgn aldult.

mandi sampai pkl 930mlm! then balik bilik nak siap kuar dinner pulak...



cantik kan pool ada lampu2!

cadang nak mkn kat hotel jer tapi section dah closed! huhu so terpaksa cari mkn kat luar, just jalan kaki jer, byk restoran seafood kat area tuh.

pagi tu aqil bgn seawai pkl 7 ;p dah ckp ke dia kalo nak mandi pool kena bgn awai. so pkl 7 tu okla dikira awal ..ahahah


best kan suasana damai, bunyi air laut dgn angin sepoi2 bahasa. sesekali terdgr bunyi airplane nak landing kat KLIA!

dah dah jom siap kita brekfes dulu. silap tak ambik pakej sekali brekfes soooo kenala byr mahal sikit utk brekfes! heh


langit membiru pagi tu. jiran2 sebelah taktaula ada ke idok...takde lak terserempak diorg.

dah siap mkn, si adlan dgn aqil pegi terjun kolam dulu while kitorg tgh menikmati brekfes lagi. pool tu depan restoran jer pun... so senang pantau.


si adeeb lak kurang selesa bila dah ramai mcm ni dia taknak mandi. semalam tu bukan main dia sbb tak ramai. adeeb nak mandi pool dewasa dgn ayah ..hikhik


pool tak besar mana, tak dpt nak menampung pelancong ... so crowded sikit laaa. mama nak join pun segan sebenarnya, tapi last2 terjun jgk... haha. rugi wooo byr mahal2.


suasana mcm kat maldives tak?? okla tak dpt pi sana, sini pun jadi laa


sebelum check out kita berbasikal seround! nasib2 la jgk sbb basikal tak byk. sapa cpt dia dpt!


so pada yg nak lari dari kesibukan kota bolehla dtg sini ye. walaupun pool tak besar tapi suasana mcm kat maldives dah cukup menggembirakan hati...;p