Nuffnang Ads

Monday, April 17, 2017

Mt Fuji Kami Datang!!


hari nak pegi Mt Fuji tu kami betul2 terpaksa keluar awal! huhu kalo tak, pukul11 baru nak keluar kan...so haritu pkl9 dah naik taxi to Shinjuku Train Station. semalam kitorg dah beli tiket tren to Mt Fuji dekat Shinjuku Station...senang kan awai tak kalut, lagipun kena la beli awal sebab tren ada 3 trips jer sehari, kitorg pilih yg pukul 1040am. ada yg lagi awal pkl8 cumanya takut tak terkejar lah, kalo takde budak2 takpela tak leceh.

dari apartmen ke shinjuku station tu 15mins jer naik taxi.


susah sgt nak jumpa sakura so posim kat poster jela ye. nmpk tak tuuu, 25 Mac baru nak start blooming...so tak sempat laaa nak tgk sakura fully blooming!! huhu


kat belakang tu kedai bag...tak sangka bag annatelo tu femes eh kat sana? takde la pulak kita beli sebab tgk harganya pun bkn main ratus2 rm! taktau apa yg speselnya bag tuh sampai rakyat Msia kena beli...hahaa maybe sebagai kenangan jelaa


pastikan tak terlebih dari line kuning yaaaa


sampai awai tak kalut. sblm pkl 10 dah tercegat kat station! so sempatla jalan2 posim dgn mcm2 tren! huhu. kita dah ada pengalaman terkejar2 kat tren station dkt Milan dulu, so dah ambik iktibar supaya better sampai awal. 



terlebih awal so takde apa nak buat kat bawah nih...cuaca berangin sejuk jgk laaa. sepanjang berada di tokyo, siangnya agak cool so masih boleh bertahan, rasanya dlm belas2 degrees cuma malamnye jer suhu turun mendadak...


amboiii eksen dia nah dpt posim depan nih.


turn mama nk posim, tetiba tren dah gerak ke blkg!! haha kelakar sgt

so dah selamat naik tren line narita airport to kawaguchiko station! senang terus direct to last station. harga utk kami berlima adalah 13680yen sehala. mahal sikit la compared to naik bus. bus pun ada utk ke Mt Fuji ya...


kitorg pilih naik tren sebab budak2 ni suka! si aqil tu berapa kali lah dok tanya bila nak naik tren! padahal kat sana tu hari2 naik tren ya!! haha maybe maksudnya tren yg perjalanan agak lama kot...so nah perjalanan to kawaguchiko station tooks about 1h45mins. tapinya tak la rasa lama benor, tido pun tak sempat kecuali adeeb aqil dan ayahnya sempatlah lelap! ;p

mama sempat masak nasik goreng sardin utk bekalan satu hari...huhu. seberkas habis makan kami anak beranak. so now tinggal biskut jer utk bekalan di Mt Fuji nanti... ;('


deeb nak mkn biskut lah pulak tuuu. bekalan kita dah berkurang nakkk, sila berjimat cermat ya..hikhik


canggih betol tren kat sini ya. seat tu boleh kalih ke blkg so dapatla menghadap muka memasing! kalo kat Msia, seat yg tgh jer la menghadap muka kan...

perjalanan hampir 2 jam tak terasa sebab mama sibuk snap picca pemandangan dan jgk swafoto! ;p


terasa macam dekat swiss pulak ya. gunung ganang, sungai, hutan etc! mengingatkan kembali kepada trip ke Mt Titlis, Swiss dulu! rasa macam nak pegi lagi sebab iols suka laaa pemandangan gunung ganang mcm nih! mcm dalam poskad, tenang jeee


setelah hampir 2 jam, maka sampailah kami di kawaguchiko station iaitu station terakhir utk ke Mt Fuji. ooo owh sejuk la pulak sini....


kecik jer station nih, mcm station dekat venice dulu! kecik mcm ni senang, tak payah naik turun tangga, tak payah menapak jauh kan! iols sukaaa

so sesampai sini, kitorg terus beli tiket utk balik pulak. kang tak beli, nak bermalam kat sini kah?? huhu. lainla depa yg plan nak overnite here. kitorg dtg blk hari jer...

sampai pun dah pkl 1230tghari...kita ambik tiket blk pukul 530ptg, so dapatlah dalam 4jam leh jalan2 pusing sini. tapi takdela sempat nak naik Mt Fuji tu! tgk dari kejauhan jelaaa ;( janji dapat tgk, nasibla Mt Fuji tak malu haritu...so nampak full! yela ni pun ada org tak bernasib baik sebab pegi time kabus tebal, Mt Fuji pun nmpk half kan?? so makesure pegi time cuaca panas elok ye, plan bebetol jgn pegi hari hujan kang menangis tak dpt tgk Mt Fuji...sebabnya keesokkan hari tu kabarnya area sini turun salji tau! tetiba je kan padahal hari kitorg sampai ni, cerah elok jer...cuaca mmg tak menentu kat Mt Fuji nih.


ni tiket nak naik Mt Kachi Kachi Ropeway


selfie seround dgn pokok togel nih.



tourist mmg ramai, kebykkan depa bermalam kat sini...so takdela rushing sgt mcm weols. ;p

so kitorg plan nak naik Mt Kachi Kachi Ropeway! dari kawaguchiko station tu dekat jer kalo nak berjalan, cumanya kitorg tak tahu. so terpaksanya naik cab! hehe. driver cab tu senyum jer sebab terlalu sadis dpt pelancong mcm kitorg...


taxi kat jepun ni sepesen jer! nmpk mcm oldskool kan tapi still elok luar dalam tau...bersih lak tu, siap ada cushion cover lagi! so makesure anak2 korang tak pijak kang menangis taxi driver!


tak sampai 10mins dah sampai pun ropeway station! haha mmg dekat sgt la kalo naik taxi...kalo berjalan tu take time jgk la, lagipun kitorg tak cukup masa, takleh la jgk nk lenggang kangkung sini. so gunalah alternative yg ada.


pnjg jgk eh beratur! semua pun tak sabar nak naik keatas nun! utk naik ni kena 3900yen utk kami berlima.


apokobondo nih eh. tak phm pulak den tulisan jopun...


cable car dekat sini tak byk ya...so lama sikit nak menunggu. sekali trip tu boleh la dlm 20 org.


fuhhhh curam oiii mmg curam. macam ni jer besi penghadang depa buat!!! mak seriau la ke anak2 kalo jatuh tergolek mmg tergolek sampai bawah sebab takde benda yg menahan ;(' huhu iols dahla penggayat orgnyaaaaa! huh serik dah, sebelum2 ni naik cablecar takdela rasa gayat mcm ni kat station atas tuuu. so yg bwk anak kecik tu better pegang jer, bdk2 kan mana nak tau gayat.


Subhanallah memang cantek sgt pemandangan Mt Fuji dari atas Mt Kachi Kachi nih!! takpenah tgk gunung secantek nih tau, besar dan ada salji sekerat...adakah aku bermimpi??? ni pun dah ptg sikit, kalo pagi mesti lagi jelas.


tadi sempat beli coklat yg femes kat jepun tu! tapi ni edisi khas sebab bentuk Mt Fuji.


cant get enough with this view!!

korang yg nak pegi tokyo tu wajib tau buat itinerary pegi sini, tgk kebesaran Ilahi...mmg amazing! nak lagi best, naik Mt Fuji terus main salji di Gala Yuzawa!


blkg ni lak pemandangan lake kawaguchiko.


hey anak3!! nanti dah besar ingat tau kita penah sampai sini...huhu...dkt atas ni pun still boleh nmpk roller coster kat bwh tu...tak sangka ada themepark kat situ...


hari dah ptg, Mt Fuji pun dah sayup2 kelihatan...dah kelabu asap sikit...huh mahal betol pemandangan Mt Fuji ni kan...ada masa dia nmpk clear sgt...



souvenir Mt Fuji pun ada dijual atas nih tapi agak tak berapa menarik. dkt bwh nun ada byk lagi kedai.

yg menarik dan tertarik bila tgk mochi mochi nih, sedap pulak eh. mochi ni diperbuat dari beras jepun dan disalut dgn air gula! tawar tawar manis rasanya.




skodeng apa la tu si aqil...nmpk ke?


sygnye tak pandai translate.


ni iols dok pike dari tadi, azabnya pemandangan curam kat sini!! rasa mcm nak tergolek dah...budak2 depa relax jer, mak depa yg rasa nak pejam mata kalo boleh taknak tgk bwh! kalo tersilap langkah mmg tergolek oii


si aqil relax jer dok depan...hampa bukan tau gayat kann


dari tadi nak beli strawberi nih, mmg gebu2 la strawberi kat japan nih... 1600 yen jer...iols mmg suka la, dkt mana2 negara pun mesti beli 2 dozen...huhu


so now kita nak naik boat cruise pulak, nak keliling lake kawaguchiko. kita ambik pakej naik ropeway dgn naik cruise jer. lain2 tak sempat ya.


sini pun rasa mcm dekat swiss jgk, sebab kan byk lake kat swiss sana. so now tggu boat sampai, nak pusing2 lake selama 20mins jer. nasibla tak lama sebab dah pukul 4ptg pun...


iols pelikla kat japan ni mmg tak byk kerusi eh...rakyat depa pun tak sempat nak duduk kot kan...hihi semua pun rushing jer


ooo nmpknya si aqil mengetuai rombongan! mcm dah biasa gayanyaaa


nasibla tourist tak ramai sgt.


dah pepetang nih, Mt Fuji pun dah takmau tunjuk dah...;(' dia tunjuk sekejap jer kan... sombong betul la awak ni kan Mt Fuji! kitorg dahla dtg dari jauh sebab nk tgk awak lama sikit... ;p


bdk2 ni bukan depa tau nk tgk pemandangan kan.

so dah hbs tour 20mins tu, ready nak berjalan blk ke tren station. sebelum tu sempatla singgah souvenir shop kat tepi jalan.

berjalan dlm 25mins jgkla...naik bukit, agak semput sikit.


mama ketinggalan jauh di blkg nmpknyaaa. cantek kan jalanraya kat jepun nih, tgk bersih jer mcm baru diturap!


ramen oh ramen...sygnya tak boleh nak try... ;p


taddaaaa dah smpi pun station! fuhhh mengah uols...nasibla sempat baru pkl 5 


its time to say bye-bye to Mt Fuji!! till next time yaaa


baliknya dapat tren yg oldskool sikit! seat takboleh pusing la pulak...hukhuk pastu sempit sikit

time blk ni lama sikit dalam 2jam lbh baru sampai shinjuku station. sesampai pun hari dah gelap sooo takde dah plan nak kemana2. blk tido jer... ;(' sebab esoknya lastday, nak kena packing dah 


haaaa ni dia cara mkn mochi mochi ;p teksturnya liat2


ni masa nak turun ke cablecar! curam kan


ni lak pemandangan masa nak pegi tadi.


kubur oiii ;p


masa tghari tu cantekla sikit si Mt Fujiyama tuh kan...bila menjelang ptg, dah kelabu asap.


hah ni la dia theme park yg ada rolercoster tinggi nak pensan tuh.


pemandangan dari dalam tren! mmg tak berkelip mata tgk...

No comments: