Nuffnang Ads

Thursday, January 18, 2018

Hari Kedua di Kyoto!

lama bebeno nak buleh up entry baru eh... xsempat laaa, keje busy mengalahkan menteri, ewahhhh. sekejap jer dah masuk tahyn baru 2018! masih tidak terlalu lewat utk saya mengucapkan happy new year! apakah azam thn baru anda? ke azam tahun lps punya pospone thn nih...huhu

ntahla... azam nak kurus tapi bertmbh pulak berat nih ;p

ok lupakan tentang azam tuh...now nak sambung blk entry melancong haritu tak habis2 lagi nih...adeh malas nk pilih gmbr, mls nak upload!

dalam malas2 pun, berpuluh jgk la ni dah haplod! now taktau nak cerita mcm mana lak. boleh tak, biar gmbr yg berbicara?heh


ok dihari kedua di kyoto, kita check out hotel dlm pkl 10. kena cecepat kuar sebab byk tmpt nak pegi nih. so luggage kita bwk letak kat locker di Kyoto Station.

kalini lebih berhati2, ingat tmpt locker katmana.

sebelum mulakan perjalanan, sempat tapau McD! buat kudapan di jalanan. budak2 ni jenis xlapo sgt, so cukup la Mcd tu utk seharian berjalan...huhu lagipun ada bwk sekut jgk.


pening terlalu byk Line! make sure line mana yg mudah ke destianasi yg kita dah plan tu supaya masa xterbazir begitu saje.


ok plan haritu nak ke arashiyama bamboo forest! jauh jgk la even naik train sbb tmpt ni mcm di hjg2, means jauh dari town. kalau korang tanya tambang tu, kita xhafal lah. just topup jela suica card tu, rasanya dalam 5000yen dlm card tu, cukup utk 5hari di osaka dan kyoto! tapi utk naik shinkansen xdela guna suica card...


berjalan di lorong2 kecik nak ke arashiyama bamboo, terjumpa pulak org jual strawberi. mmg wajib beli lah... tapi agak mahal, 1800yen! strawberi kat overseas mmg gemok2 lah...puas makan! tapi lupa nak bwk nutella pulak...


haritu agak mendung.. org pun mcm semut. tmpt ni kena datang awal pagi, tghari mmg la mcm nie.


seronok tgk kedai2 souvenir mcm nih. 


dlm ni ada shrine tapi taknak lah masuk. penat tgk shrine jer... ;p


posing dkt pintu gerbang jela...


sampai sini dkt pukul 1... nak ke arashiyama bamboo forest kena menapak masuk dalam ye. dont giveup ye, kang xde gmbr korang dgn hutan buluh tuh.. nak sampai kedalam kena lalu kuboq la pulak...tapi kuboq depa cute jer... kalo memalam seram jgk kot.


maknusia jgn cakap laaa, dgn sempitnya. kena cepat2 posing time takde org lalu!


cantik buluh2 sini tersusun jer!



tgk tuuu nmpk kepala org jer...hihi. ramai jgk org kampung kat sini.




penat mama nak suruh adlan snap! haha ..si adlan sampai stress dibuatnya utk dapatkan angle terbaik.


takpe, akhirnya mama belanja eskrem jgk! eh eh murah lak eskrem kat sini 200yen! cuaca pagi tu just nice, seronok jalan sbb xsejuk sgt.


otw back to station, terjumpa geisha! apa lagi, posing lah... nak tgk sape lagi putih... kan ;p


rumah di sepanjang lorong2 kecik.. dlm 1km jgk la dari station ke arashiyama bamboo.


berjalanlah kita sekueknyo.... sape pancit kena tinggal! ahaha.. alhamdulillah semua bersemangat, kekadang jer aqil buat perangai dia.


then, sesampai station, kita ingat nak naik sagano romantic train! so pegi cari kaunter tiket, malangnya pukul 4 ptg pulak ada trip, tu pun dah hampir penuh! aloooo takkan nak tunggu, rugilah masa... so kita cancel jer plan tu, huhu sedey! diorg kata best naik sagano nih, pemandangan cantek sgt! takpela takde rezeki nak naik.


kita mkn dulu! mama dgn aqil si hantu strawberi.


nama station ni, saga arashiyama station.


sokay, then kita decide pegi Nijo... turun di station Nijo. malangnya bila dah turun di sana, line tenet buat hal pulak, nak cari nijo castle pun dah xleh! hissss so terpaksala cancel ke nijo castle. so naik lagi train....


dkt pkl 3ptg dah ni, dah xbyk masa. marilah kita pegi taman ye anak2! xingat turun kat station mana, pastu menapak ke Maruyama Park!.

bising aqil cakap mama nak bawak kita pegi mana pulak nih! hihi, dia dah xlarat nak jalan la tuuu. si adeeb langsung xnak jalan, sedap lah dia dok dlm stroller jer! si abg berbulu jer nak dok jgk... ;p


nasib cuaca elok tapi koi ptg koi nak sejuk lah.


taddaaa dah smpi pun! cantek jgk taman nih, pokok berwarna warni! setiap taman ada kelebihan tersendiri, sbb kat jepun ni terlalu byk taman! so takyah risau nak pegi semua taman pun... tak rugi, cumanya kita lah tak sempat nak catch up...


eskrem lagiiii



adlan the photographer! yg lelain taknak ikut, so diorg lepak at bawah jer, mama dgn adlan menapak masuk dalam.


mana iols? kaler nak sama lak...



blkg tu pengantin tgh photoshoot.



budak adeeb ni dukung pun taknak...hmmm

ok dah pkl 4ptg, so mohler ke last destinations sblm balik osaka! ;(

kita naik cab jer, dah xlarat nak cari station... dont worry sbb dkt jepun ni sentiasa ada cab menunggu..


ok last destinations kita pegi Nishiki market!! yeayyyy bolehla cari mkn, perut dah lapo bebeno.


market yg sgt bersih, tak berbau. org sentiasa ramai, ni bebetul berselisih bahu!


seronok tgk mknn mentah kat sini! rasa nak makan jer! tapi hati2 sbb bercampur dgn kedai jual ork ork.. makesure dulu kedai yg xjual benda tu


nyummmm... ada yg dah sedia dimakan.


selipar jopun


mangkuk sushi jopun..


sotong kurita


kita beli udang nih, sedap fresh lagi!


sotong ni pun sedap! 


beso market nih. souvenir pun kita da borong sini murah2.


ok dh selesai... bolehla ambik cab blk ke kyoto station...terlalu cepat masa bejln! sempat cover 3 tmpt jer...huhuk, nak2 winter nih...



order McD lagi la nmpknya....bdk2 lapo xpuas mkn udang tadi...

so malam tu, terus beli tiket shinkansen kat station, no need beli awal pun sbb byk trip shinkansen. kita beli reserved seat so harga 2x ganda! 9k yen jgk laaa, rugi ambik reserved seat sbb sekejap jer 14mins dah sampai shin osaka station...huhu pengalaman betul...


 jakun weh xpenah tgk shinkansen depan mata!


ambik cab lagi ke apartmen. malam2 xdaya dah nk naik train.


osaka at nite!


ni dalam shinkansen tadi. tak terasa kelajuannya. budak2 enjoy naik train, hampa sesuai dok jepun lah kalo mcm ni... esok hampa mengaji kat sini jer.

so berakhirlah kembara kyoto selama 2 hari. kyoto agak damai berbanding osaka yg happening. korang kena pegi!

sambung...


No comments: