Nuffnang Ads

Thursday, November 4, 2010

petua hidup bahagia :)

>> jgn lupa praktikkan benda2 ni dlm hidup bersuami istri..walopon kdg2 segan nk puji2 kan..dh xbiasa mula dari awal perkahwinan, mmg la kekok skit kan..anak dh 3 baru nk stat puji memuji nih..kang suami kate buang tebiat! hikhik

Berikut adalah PETUA 8P tersebut ;


1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.


6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

2 comments:

Hanis Azla said...

petua yg baik ni... Salam kenal.

siti said...

hai...salam :D