Nuffnang Ads

Wednesday, January 13, 2016

Day 2: Sydney Opera House ~ Harbour Bridge ~ Paddy Markets

 
ok hari ke 2 pulak kita start seawal jam 11..eh awal ke?? hehe pompangpompang dgn anak2 maka jadilah pkl11 baru dapat keluar...hurmm lumrah alam. nak masak brekfes dulu, isi pewot budak2. pewot mak takpe leh isi kat luar satgi. eh taklah, mak pun sempat mkn Nasik kat apartmen...
 
sebbaikla Darling Harbour dkt dgn apartmen kan? lagipun hari ke 2 kita plan nk masuk sealife n wildlife. bagi bdk2 layan ikan dgn koala dulu...cuaca pun agak mendung hari tu.


best jalan kat jambatan ni sebab berangin jer! kat penghujung tu dah jumpa sealife, wildlife dan madame tussauds tau! kat sini jugak ada maritime museum, sape yg suka museum sgt digalakkan dtg Sydney ye.

 
tgk tuu kalau tak pin bebetol, mau tercabut tudung!


yeayyy dah sampai pun tmpt dituju. aqil mesti suka dpt tgk jaws! hehe. so kita pun cari la kaunter nak beli tiket...malangnya dia punya queue OMG sejam lebih la kalau nk Q. makanya kita pun surrender, tukar plan B pulak. tak boleh bazir masa kat sini, nanti melepas tmpt lain. esok pulak kot kita tgk sealife yeee anak2
 
si aqil tu badmood jer sebab tak dpt toys lagi.
 
so kita plan nak sightseeing jela. sebbaik la tmpt bus hop on hop off ni kat jalan besar situ jer. tak jauh la nk menapak. save peloh...
 
fyi, kat Sydney, baby diwajibkan duduk carseat! yg tak bestnya kebanyakkan cab takde carseat. mcmane kita nak jenjalan kalau mcm tu! mslh ye. sebab tu kita decide naik hoho bus, takpayah duduk carseat. selamat.
 
so kita beli tiket masa nak naik bus. boleh pilih nak yg 24jam atau 48jam. once dah purchase, korang boleh naik hoho bus anytime dlm jangkamasa tu.

 
so hari ni kita beli yg 24jam dulu. untuk 4org kena $110. agak2 mahal tak? huhu. tapikan kalau naik cab, lagi mahal.

 
pusing2 satu Bandar Sydney! hari tu tak berapa ramai pelancong naik hoho bus nih. kita start dari darling harbour.

 
si adlan aqil buat hal sendiri. kat Malaysia tak pernah naik bus, so kat Sydney diorg buat mcm bus sendiri! hehe janji hampa hepi sudah. tapi ada satu hari tu dah kena tegur dgn driver bus sebab buat bising. yelah enjoy sgt depa, menyanyi la apa la. padan muka. ;p

 
cuaca sgt elok. bahagian atas bus pun tak ramai pelancong. aqil ajak  naik atas, tapi sekejap jer dah bosan, ajak turun pulak. heh

 
jacket tak tinggal!
 
kita plan nak turun kat Sydney opera house. lambat jgk la bus pusing, ada la dekat sejam.


n yeayyy dah sampai pun tmpt wajib pergi kalo ke Sydney! dah mercu tanda depa kan, wajib la dtg opera house nih. cantek sgt! macam dlm mimpi, sebab dulu tgk dlm tv jer...huhu
 
btw, Sydney ni mmg cantek sebab nmpk laut.
 
org kat sini jgn cakap, lagi laaaaa merenyut dari semlm tuh! ponin pala den


pasrah jela dpt background org mcm nie. susah nak cari port yg kosong sikit.
 


kat sini pun boleh nmpk Sydney harbour bridge! so dapatla dua views utk 2 mercu tanda Sydney! im fallin luv sudaaa



canteknye mcm dalam poskad! tu belum dapat angle yg terbaik lagi...taktau nak cari kat mana angle tu..huhu
 


jadilah janji hado.
 


time ni bawak adlan jadi photographer, xdapat nak bwk semua. aqil dgn adeeb dan ayah tggu bawah ye. mama nk pi posim jap kat tangga nih.

 
kat sini jer beratus gambar. kita tak stay lama pun, kena pegi tmpt lain pulak.
 
ok settled kat sini. jommm sambung naik hoho bus
 
kita menuju ke Paddys market pulak. nak cari souvenir murah2 katanya.

 
haaaaa smpi dah, nama lain utk paddys market ni ialah market city! buat konfius jer. rupanya ada dua nama. bahagian souvenirs tu ada kat bawah, so korang jgn naik atas pulak.
 
paddys market ni berdekatan dgn china town.

 
so ramai la org2 dari china kat sini. boleh kira muka mat saleh yg ada kat sini.

 
haaaaaaaaa pemandangan bhgn dalam pun...berlaga bahu uolsss. nak pilih souvenir pun hazab nk membayar tggu turns!

 
sempat masuk 2 kedai jurr. bahagian fruits pun tak sanggup nak pi jenguk dah. time ni adeeb pun dah tak larat. mama siap tukar pempes adeeb kat sini.
 
eh kat sini pun ada org Malaysia menjual, so korang ckp melayu jer tau. ;p

 
hari pun dah petang, rasanya dlm pkl5. plan nak cari restoran halal kat china town, tapi memandangkan hoho bus pun takat jam 6 ptg jer..maka cancel lah niat tersebut...kang susah lak nak balik apartmen,  nak cari cab yg ada carseat pun hazab...begitulah kalo bawak baby kat Sydney nih, terbatas lah sikit pergerakan.

 
paddys market ni tutup setiap isnin dan selasa. korang jgn silap dtg ari tu, rugi masa kang.
 
 
lepastu tggu hoho bus kat tmpt turun tadi. kita takde plan dah, just nak blk ke habourside mall utk makan! wowww seharian tak mkn, just mkn biskut jer.
 
so, takdela jjcm utk hari tersebut ;(
 

No comments: