Nuffnang Ads

Thursday, January 14, 2016

Day 3: Bondi Beach Tour ~ Sealife

 
sama seperti hari sebelumnya, pkl11 lbh baru keluar. mmg tak dapat nak awal sebab memasing letih, bdk2 pun bangun pkl 9. mama siap masak, isi pewot dulu sblm keluar.
 
ni pemandangan apartmen, patutlah nama Oaks sebab diperbuat daripada kayu oaks maybe? hehe. agaknya diorg renovate sikit apartmen ni, ada elemen moden dan klasik.

 
untuk nak ke habourside mall, kita turun lift tingkat 2 terus bersambung dgn carpark ibis hotel dan habourside mall.
 
plan harini samada masuk sealife dulu ataupun ke Bondi beach!

 
nak ke sealife kena lalu maritime museum dulu. kalo diberi kesempatan masa, opkos ct nak masuk museum ni, teringin la jgk nk masuk dalam kapai perang Australia.

 
lepas posim, kita terus ke tmpt sealife semlm. tapi keadaan masih sama, malah lebih teruk! hehe. org nak beli tiket punyala pnjg. haihh tak boleh jadi nih, plan rosak lagi. so kita tukar plan ke bondi beach dulu. tunggu hoho bus kat stand tepi jalan besar tu.

 
owh kat sini kita dapat solution, nak masuk ke sealife tu boleh jurr beli tiket dgn driver hoho bus! adehh kalau la tau. so senang tak payah Q pnjg berjela tuh! settled beli tiket masuk sealife, wildlife dgn madame tussauds, kena bayo $220 utk 4 org.
 
eh lupa pulak yg tiket hoho bus 24jam tu akan tamat pkl 12noon, makanya terpaksala renew! huhu. kita beli yg 48jam pulak laaa alang2 kan. terbang lagi $170. mmg kena spend byk utk transport.
 
ok nak ke bondi beach kena naik 2 bus. mulanya hoho bus, depa bawak kita hantar kat central station. kat situ kena naik another bus nak ke bondi beach. just guna tiket yg sama.


trip ke bondi beach ni setiap setgh jam. hari ni pulak pelancong punyala ramai, berebut nak naik bus, yelah takut ketinggalan kang rugi masa nk tggu another trip.
 
ni la central station.
 

 
ke bondi beach dari central station dlm 45 minit.

 
taddaaaaaaa smpi pun. kita pegi just nak hirup angin pantai jer bukan nk mandi manda ataupun surfing ;p

 
si aqil terblh excited.


woahhh bestnya angin kuat! ramai  jer org melepak kat park ni. mama rasa mcm nk guling2 atas rumput ni bersih jer. tapi beware laaaa sbb ada yg bwk anjing lepak sini.


bondi beach ni salah satu tarikan di Sydney, korang wajib pegi. lagi best kalau dapat berjalan sepanjang bondi beach sampai coogee, tgk coral coast. tapi take time sikit la nak berjln tu, kalau tak bwk anak mau aku berjalan jgk nie.hihi

 
fefeeling tourist. eh mmg pelancong pun kan. hiks

 
kita berjalan turun bukit nak ke pantai. ramai datang sini bukan sekadar nak surfing, ada yg nak cuci mata melepak jer.


 
bersih dan cantek pasir depa. halusssss

 
pegi pantai pun nak pakai jacket? huh. depa tgh syok main pasir, ajak balik takmau.

 
ombak dari lautan hindi ni mmg kuat sebab tu ramai surfing. teringin nak celop kaki kat pandai bondi ;)) tapi takut jaws!! haha terpengaruh dgn citer jaws. lagipun aussie mmg Negara jaws..eh I means byk jerung kat sini.


 
mama teringin nak tidoq atas rumput nih. tapi takpe la kasi adlan jer.

 
taknak dok lama kat bondi beach, kita nak kejar time nak masuk sealife pulak. dalam sejam jer kat sana, so cecepat tunggu bus utk trip pkl 330pm.
 
sampai sealife dah pkl4, sempat laaa masuk takpayah Q pnjg dh...huhu. kitorg mcm nak jer ckp kat depa yg rajin Q tu supaya beli pass dkt hoho bus!! takdela berpanas berhujan berdiri semata nak beli pass!
 
so kita terus masuk lepas dapat gelang pass.

 
apa yg best eh kat sealife ni? sama jer pun mcm aquaria klcc?
 
sebab anak2 lah kita layankan jer sealife nih walaupun dah tau suasana dlm tu...tapikan kat sealife ada dugong! haaa tu jer kelainan dia selain byk shark at situ.
 
rasanya kat aquaria takde dugong kan? tapi budak2 tu bukan nk kesah pun ada dugong ke apa, depa just excited nak tgk shark.

 
haaa tu shark.


 
pelancong punyala ramai dalam ni, berhimpit2 dah, mcm nk sesak nafas. heh


 
owh sting ray pun banyak!

 
wuru atau lebih dikenali sebagai dugong!

 
posim sedas dgn wuru. tu gambar jer...



sealife ni ada dua bahagian, haaa yg sebelah ni byk shark. memula masuk macam bosan jer sbb sama mcm aquaria tapi masuk part ni kembali excited sbb byk shark! huhu
 
haaaa nk tgk sgt kan shark? ambikkk


 
cubaan nk pegang tapak sulaiman versi colourful.

 
ni shark gergaji dok tersenyum mcm sting ray jgk rupanya.
 
ok lepas keluar sempat beli souvenir sealife. agak mahal la souvenir kat tmpt mcm ni, cumanya lebih menarik.
 
jam pun dah pkl 6, dah takde aktiviti nk buat. nak naik hoho bus pun takat pkl 6 jer... so kita singgah habourside mall, cari mkn! mmg tahan betul pewot seharian tak mkn berat!
 
makanya mcD dgn kebab jer pilihan setiap hari ;( mak lapo fish n chips tapi malas nak cari restoran.
 

No comments: