Nuffnang Ads

Monday, March 27, 2017

Tokyo Sight Seeing


flight to tokyo took about 6hour plus2. kita naik AA landing kat Haneda International Airport. beli tiket thn lps so dptla murah sikit. murah time pegi jurrr, blk mahal, mcm tu la bisnes AA...ahahaha lepastu tgk date jgk, hujung2 mac mahal berganda lah sebab tgh cherry blossom, sakura berkembang bagai! so kita pegi time sakura belum nak kembang huhu

landing pun dah pukul 1030mlm. memandangkan taxi nak ke apartmen mahal tetgh mlm buta, so kita check in hotel berdekatan airport iaitu area shinagawa. semalam dlm 15300yen, plg murah kita dapat...nak check in hotel lain nangis mak nakkk. xpernah lagi tgk hotel semahal dkt tokyo kat negara lain...nasibla ada airbnb, bolehla dok apartmen dgn harga yg reasonable sikit.

sampai hotel mystays premier omori pun dkt pkl 12midnite. cuaca malam tu agak sejuk. berlari2 anak nak masuk ke hotel...hehe. owh tambang taxi mlm tu 3770yen.

masuk2 bilik terus lanqil excited, 1st depa tgk katil lepastu tgk bilik air. betapa seronoknya depa bila ternmpk bathtub! huhu agenda depa adalah nak berendam lah tuuu. senyum smpi telinga si aqil!

bilik hotel adalah kecik, mmg berlaga bahu! toilet pun kecik comel jer.


malam tu tido keletihan. esoknya pkl 11pagi baru check out! mmg ontime, tak kurang tapi terlebih ;p

kita akan berpindah ke apartmen pulak ye. booked kat website airbnb, 1st time gak ni book kat airbnb. kalo book awal, boleh dpt apartmen yg luas dgn harga yg berpatutan tau...so plan la awal, tokyo ni ramai pelancong, tetambah musim bunga! kalo lelmbt kang check in la korang kat hotel mahal huhu


tgh tunggu taxi, bolehla posing dkt pokok togel nih dulu.


deal la dgn reception kat hotel tu suruh arrange taxi. standard taxi besaq ni jer, nasib muat semua bagasi tuh...huhu

driver pun ramah, boleh speaking omputih sikit2. okla tu drp taktau apa langsung.

dalam half and hour sampai ke apartmen kitorg di shinjuku kabuki cho. shinjuku antara bandar terbesar di tokyo..

selesai check in apartmen, siap2 nak sight seeing. dah siap itinerary dah....cumanya kena adjust lah mana yg sesuai ikut keadaan.

bersiap sedia nak cari shinjuku station, katanya dekat jer dgn apartmen! well let see ;p


alhamdulillah sunnyday but cool. kiranya siang tu tak sejuk sgt la, still boleh adapt.


haaaa ni apartmen kitorg, sebesar bilik tido kat rmh jer! disitu lah tmpt tido dgn kitchen dan washing machine! bilik air dia lagiiiiii kecik dari hotel tuh!! bertabahlah. lanqil seronok sbb ada katil sendiri, depa risau kena tido atas sofa jer...;p


pusing2 tak jgk jumpa shinjuku station! adudu, lastly jumpa seibu station, dah terbuang masa nak mencari, dah dkt pukul 4 ptg. huhu

dekat seibu station tu, puas jgkla tanya nak beli suica card. kena cari kaunter yg betul, naik turun tangga ! hehe sape tak larat memang kena duduk setempat.


aqil tgh kepenatan tuh. duduk jap laaa, tak risau kotor atau busuk sebab kat japan adalah bersih. consider bersih la sebab tak nmpk org meludah, sampah pun takde.


pening tgk laluan train dgn subway! ada byk line.


haaa ni la suica card! boleh guna utk naik train, bus atau subway. mudah hanya dgn satu kad! huhu. bila dah habis amaun, silalah topup ye. rasanya 5000yen jgkla topup utk satu kad. so semua ada 4 kad. ofcoz budak2 punya jimat, siap berbaki lagi hari last tuh, yg makpak dah kering kontang... ;p


di japan bukan mcm di negara kita ya, kena la ikut cara depa bila berada kat negara depa. beratur properly yg anak2 pls behave urself.. tapi si lanqil tu teruja sgt bila train sampai terus nak terjah jer.haihh

walaupun crowded, tapi still boleh bernafas. org sama byk dgn train! kalo naik time org pegi atau blk keje, memang la mcm sardin. dkt tokyo bukan semua kasi tmpt duduk kat kita yg ada anak kecik ya, tgk mood depa jgk...haha


kita naik train kaler hijau ni, ikut JR line - yamanote line. line tu pegi kebykkan tmpt attraction di tokyo ya mcm shinjuku, shibuya, harajuku, akihabara, ueno, yoyogi, roppongi etc


disebabkan dlm itinerary, hari 1st nak ke ueno, so lets go! tmpt pertama kita sampai adalah ueno, katanya ada street yg jual mknn halal kat situ. atau kalo sempat bolehla terjah ueno park tgk sakura!


sampai pun dah lewat ptg, dkt pukul 5 ptg. org meramai nak ke ameyoko street.


haaa nila street yg penuh dgn mknn halal kat tokyo! ameyoko street namanya! ramai jgk org Msia kat sini mencari mkn...huhu

senang jer nak cari street ni, keluar dari ueno station, terus depan tu jer.


sempat jgkla atok jepun ni tegur aqil...dia ingat cucu dia kot hehe.


ada byk lorong jgk. pilih la nak masuk mana satu. org kat jepun ramai yg pakai mask, katanya kalo tak sihat kenala pakai, hormat org lain tu budaya depa. kita ni jer kalo selsema tak qheti2 nak pakai mask ;p


mood aqil turun naik. siap ajak balik sebab dah tak larat nak jalan! haihh bdk ni selalu mcm tu, kat semua negara pun dia jadi mcm tu. tapi bila dapat toys tu seronok blk, nmpk gaya mmg nak kena cari toys sebijik kat dia.....;p


kebanyakkan yg jual kat ameyoko street ni adalah makanan. barang basah pun ado. sesape yg rajin nak masak kat apartmen bolehla borong ikan salmon atau ketam atau kepah etc. lalu dgn xlalu jela sbb pelik betul bentuk dia ;p


ada dua cabang, taktau nak masuk yg mana satu.

tapi masuk2 terus jumpa kedai kebab! alhamdulillah perut pun dah berkeroncong, mmg tepat pada masanya. satu kebab 500yen, makan bersama pelancong Msia lain kat sini.



kelaparan semuanya, tadi ada borong strawberi dkt dgn apartmen tuh. manis melecaih, sedap dimakan begitu saja...aqil dgn mama hantu strawberi, si adeeb pun tetiba suka lak strawberi sbb manis!


taktau la benda apa yg depa jual nih.

lepas kekenyangan, kita decide nak terus pegi shibuya sbb nak cross dkt the famous crossing in town iaitu shibuya crossing!! nak sampai situ pun ambik masa dlm 30mins.

ueno park tu dekat sgt dah dgn ueno station tapi kita skip dulu.


pukul 6 dah gelap, tapi makin malam makin ramai manusia!


adeeb pun fefeeling nak pegang benda alah nih. padahal ayah yg kena pegang dia hihi


woohhhhooo dah sampai tmpt famous dkt tokyo! beribu manusia seronok nak melintas kat sini, dah tu lintas byk kali sebab nk ambik shoot yg menarik...kekeke

ada la 4 penjuru manusia melintas, biasanya 2 penjuru jer kannn.


dah malam so adeeb pun melena. kat area shibuya crossing ni memang meriah, byk sgt kedai best...zara kat sini sgtlah besaq bertingkat2, tapi mama takde mood nak sopim, harganya sama jer mcm KL ;p

malas nak masuk semua lorong, just seronok nak melintas jer.

lepastu terus ambik train balik ke pangkal jln iaitu shinjuku station. dari shinjuku station kita naik taxi blk ke apartmen, kena charge 1050yen. tak daya nak menapak dah, jauh jgk tuuu

tapi dkt tokyo meriah dgn lampu2, so tak rasa sunyi langsung even dah pkl 12midnite sekalipun!


owh ni pic doner kebab, ayamnya sikit, sayur yg byk! tapau dua utk mkn dkt apartmen nanti ;))

so hari pertama kita dapat cover 2 tmpt jer sbb byk masa terbuang nak beli suica card. lain2 tmpt kena pospone ke lain hari lah nmpk gayanya...

No comments: