Nuffnang Ads

Monday, May 19, 2014

Mendaki Mount Titlis, Swiss~


ok kita sambung perjalanan ke satu destinasi fofular kat swiss! pegi sana kalau tak naik gunung ni memang menyesal habis uolss... antara top attractions kat engelberg swiss!

ct taktau pulak dalam pakej trip ke luzern ni ada termasuk naik gunung! mmg nak sgt tgk dan naik... indah ciptaanNya... perjalanan dari luzern ke sini dah tak jauh, ct pun dah tak ingat rasanya dlm 30mins...pemandangan sepanjang jalan subhanallah gunung ganang diliputi salji! nak ke sini bus kena naik bukit, seriau pulak tgk jurang curam, tawakkal jela...





eh dah sampai! rasa mcm nak pelok pakcik tourist guard tu sebab merealisasikan impian ct nak ke sini! huhu tadi baru berbulu tgk pakcik tu kat luzern bhahaha

ok this is mount titlis, antara tempat tumpuan pelancong dan pemain skii! nak naik ke puncak, kita akan  bertukar 3 cable car tau! kalo kat langkawi tu 1 jer...huhu

owh owh... tiket cablecar tak termasuk dgn harga pakej ni... aduhhh ct dah lupa berapa harga tiket tu! so sorry!


 cantek kan!!! kat bawah ni dah sejuk apatah lagi kat atas puncak tu taktau nasib macmane!


 time nak posim, datang pulak bus nih, spoil betol!




 1st cable car...



subhanallah hamparan salji yg memutih... adlan aqil antara budak kecik yg berjaya naik mount titlis! tapi mama risau jgk kalo2 kat puncak nanti tak cukup oksigen, boleh ke budak2 tu survive???



 map dan station cable car nak ke puncak!


tapi budak2 ni enjoy jer dapat naik cable car! depa taktau dok kat mana... mama ni jer risau dan neves tgk  pemandangan kat bawah sayup2 jer...

1st cable car ni tak lah gayat sgt sbb byk mendatar...




kesian aqil dgn bibir beku, hidung pun tersumbat... masa dlm cable car ni sebbaik dia behave...

adlan control macho mcm budak besar! tak habis2 cakap nak main skii pantang nampak snow kan! haha



sesampai kat second station, nmpk ni tmpt main skii! adlan dah excited nak main! pakcik tourist guide tu cakap boleh main sbb ada tmpt utk budak2...

alahai pakcik.... kalo sehari kat sini bolehla main, ni 4jam jer masa kang terlambat kena tinggal bus pakcik jgk yg hangin...kannn

owh cable car yg 2nd station tu boleh naik ramai2 dah mcm bus ku rasa! picca takde lak...

yg kat bawah ni third station, naik cable car berputar uolssss


bila naik ramai2 nih takde la rasa gemuruh gayat... berhimpit2, adlan aqil tu behave jer berdiri... part ni mmg curam sikit, tapi sebab xnampak so relax jela... cable car ni berputar 360darjah boleh tgk seluruh pemandangan mt titlis!



naik ke puncak pun take time tapi tak terasa lama pulak... maklumlah dok teruja tgk kebesaranNya! 30-40 minit camtu...

Ya Allah kita dah sampai puncak tertinggi di swiss! station kat puncak ni ada 5 tingkat!



 tu pakcik tourist guide tgh kasi explaination... yo lah pakcik...


OMG kita berada di ketinggian 10,000 feets! lanqil mesti excited kalau depa tau depa kat mana...


 on the way ke ice flyer dan cliff walk, 250m steps... mampukah kami??


owh ct mmg tak berani nak pi jenguk kat situ, jenis penggayat kang haku pening terus bergolek2 sampai bawah kang... grrrrrrrrr seram!

kita main2 snow kat sini jer,  tetiba sojuk pulak walaupun silau panas kat atas tu, salji pulak turun kena kat muka! adlan masih behave main baling2 snow kat mama! aqil dah melepek tak larat nangis2 kat situ... hihi tapi dapat la kita posim kejap

tak pegi mana kat sini jer, kita tak mampu nak berjalan pi snow cave, cliff walk bagai... grrrr mmg sejuk! jari jemari dah sakit kalo lama sikit kat situ mmg kematu jari2 nih... yg adlan tu boleh pulak behave cool jer berjalan... aqil dah tak tahan



 haku tak sure jugak kenapa makcik kat blkg tu menyanyi nyanyi, dia punya ritual ke ape...


 dapat posim kat sini pun jadilah, walaupun tak dapat masuk snow cave tu....


 makcik tu menyanyi sampai ke sudah... nmpk masih seronok? omg silau sgt, lupa nk bwk sunnies


wahhh enjoy nye adlan! aqil taknak pun sentuh snow... rugi tau qil...
 

ingatkan snow ni mcm ice kacang lembut tapi keras pulak! huhu xnak landing takut coat basah... dok menahan kesejukan salji jatuh kat muka...


 so shomel lah budak kecik tu nak pegi main skii ye!


adlan nooooooo jgn baling kat mama! dia marah sebab xbawak pi main skii kehkeh btw glove purple tu beli masa kat bawah tadi, lupa nak bwk glove ada dlm bus.


susah tau nak posim sini, ramai org dok lalu lalang, dgn sejuk so redha jela pic senget tak centre...

lepas posim terus masuk dalam, dah xtahan sejuk...


di kala org lain pi merata, kita pulak pi cari mkn kat restoran situ... takde apa yg menarik tapi diorg tulis halal... so kita makan fries jela... pelik pulak perut ni tak rasa lapar... lanqil pun boleh bertahan...

kat sini aqil dah cranky merajuk taknak makan... hihi

yg untung nye, adlan jgk...




tgk tu..... merajuk sampai ke sudah...

lepas makan, kita turun cari souvenir shop... tak dapat nk beli byk kat atas ni mahai bebeno! fridge magnet standard 9-10 euro satu, tshirt lak rasanya 20-25 euro selai! maigadddd

then xtunggu org lain, kita decided terus turun bawah...so tunggu rotair cabel car sampai.

bangga kejap sebab ada tulisan bahasa malaysia dlm nih... ayat mcm kelakar, agaknya depa pun  guna google translate keke


masa nak turun, nmpk cuaca mcm dah mendung... ribut salji dah nk datang tu huhu maklumlah dah pukul 4 lebih...

sedihnyeeeeeeee adlan tak dapat main skii... impian dia tuh...sampai ke bawah dok ajak main skii
 



cuaca dah sejuk time nih... posim sekejap lanqil terus masuk dlm bus... mama jer still behave posim guna monopod...yola bukan senang nak sampai...

owh mmg pengalaman berharga sungguh, sejak dari malaysia dok google tgk mt titlis nih... baca travelog blogger katanya kat puncak tu taklah sejuk mana.. yolahhh maybe time tu cuaca elok kot

btw best sgt trips nih, so korang kalo pi swiss tu wajib naik mt titlis okesss yg kat luzern tu jer xcukup masa nak shopping souvenir... agak frust ;(

so bus gerak dlm pkl 5 lebih, perjalanan blk zurich, masing2 terbongkang dlm bus. lanqil tido smpi ke zurich. kali ni driver guna hiway, xmacam masa datang tu guna jalan kampung katenye...

2 comments:

cemomoi said...

ngintai sini juga

My Aisy said...

waaa kemain tahan dia main salji...tengok pun rasa sejuk je...canteknya coat tu...